DOA DIBACA SETIAP HARI

"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Beautiful People

16 December 2010

Pengalaman Bercuti ke Jakarta – Bandung | Day 4

27hb November 2010

Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 1
Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 2
Baca ---> Pengalaman Bercuti ke Jakarta - Bandung | Day 3

Beg Beranak


Sekejap je dah masuk hari ke-4… dah nak kena balik Malaysia… sesuatu yang pelik tapi benar telah berlaku… beg kami beranak… dari dua beg masa pergi, balik dah jadi empat beg… huhuhu… perkara ni akan terjadi pada kebanyakan orang…

Servis Cipaganti

Pepagi lagi kami dah bersarapan, seawal 6.45am… sebabnya, servis Cipaganti (kereta sewa) akan menjemput kami jam 7.00am untuk ke Bandara. Flight balik pukul 1.10pm dari Jakarta….

Cas yang dikenakan untuk servis door to door Cipaganti ni adalah Rp.150,000 sehala untuk seorang. Van Cipaganti ini boleh memuatkan 8 orang penumpang termasuk pemandu mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandung ke Jakarta. Van dipandu laju tetapi masih mematuhi had kelajuan yang ditetapkan melalui lebuhraya yang tidak putus-putus dengan kenderaan. Kelihatannya kenderaan menghala ke Bandung lebih sesak memandangkan ianya adalah hari Sabtu. Bagi warga Bandung yang bekerja di Jakarta, ia adalah hari yang ditunggu untuk pulang ke kampung… manakala bagi penduduk Jakarta, Bandung adalah destinasi percutian hujung minggu mereka.

Sepanjang perjalanan, kami hanya berhenti sekali di hentian rehat dan rawat untuk qada’ hajat ataupun membeli jajan buat bekalan sepanjang perjalanan… hentian rehat ni seperti RnR yang terdapat di sepanjang lebuh PLUS di Malaysia.

Kira-kira jam 11.30am kami selamat tiba di Bandara Soekarno Hatta, terus check-in sebab tak nak bersesak-sesak nantinya…. Kami makan tengahari di airport sambil menantikan ketibaan Ibu Nina…

Jakarta kami tinggalkan dengan seribu kenangan manis… bertemu dengan orang-orang yang baik dan manis seperti Ibu Nina, Cecep dan Mbak Sylva serta tak lupa juga Edi… kamu semua memang insan-insan yang akan saya kenang sampai bila-bila…

Sekian… berakhirnya sebuah catatan pengalaman berbulan madu ke Jakarta – Bandung buat tatapan anda semua… moga terhibur. Hingga jumpa lagi di lain entri Travel & Living…. salam hormat daripada Sheila…

Daaa…

1 comments:

Cikgu Fikri said...

terima kasih sbb buat entry ke jakarta-bandung..
puas saya baca semuanya..
utk persediaan dan pengalaman..
doakan perjalanan kami ke indonesia yer..
Amin... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

HOT SELLING ITEMS